RSS

Hari Infomasi - Pergigian









Hari ni semua anak-anak Az-Zahra' 1 berkunjung ke Az-Zahra' 2 untuk menghadiri program Hari Infomasi yang diadakan pada tiap bulan.

Kali ini pengurusan telah menjemput Unit Pergigian dar Klinik Kesihatan Temerloh untykmemberi penerangan dan cara-cara menjaga kebersihan gigi.

BAJU SERAGAM BARU





2010 PASTI telah memperkenalkan baju seragam baru untuk semua pelajar-pelajar PASTI diseluruh negara... Seronoknya adik-adik bergaya dengan baju baru tahun ni...

SUARA AZ-ZAHRA'


Az-Zahra' kini berjaya menerbitkan sendiri buletin yang diedarkan kepada semua penjaga-penjaga Az-Zahra'. Perancangan tahun 2009 kini berjaya direalisasikan dengan jayanya pada 2010. Cuma kekerapan buletin ini akan diperhalusi disebabkan kekangan masa dan kos terbabit.

Moga-moga dengan terbitnya buletin ini dapat memberi info terkni setiap kegiatan Az-Zahra' untuk tatapan penjaga. Sebarang cadangan dari penjaga amat dialu-alukan demi kebaikan bersama.





Kelas IQRA'




Oleh kerana pertambahan bilangan pelajar bagi sesi 2010 ini kelas IQRA' yang biasanya diadakan pada jam 11.00 pagi, telah diubah kepada 730pagi. Adik-adik yang tiba awal akan terus membaca IQRA' dengan cikgu-cikgu yang telah diatur jadualnya.
Copyright 2009 Pasti Az-Zahra. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates