RSS

Cikgu Meeting



Sebahagian dari guru-guru yang menghadiri mesyuarat Agung Majlis Guru Pasti kawasan Temerloh pada Ahad lepas (26/7). Antara agenda utama ialah menambahbaikan lagi program kecemerlangan dan sahsiah adik-adik agar menjadi seorang pelajar yang berketerampilan dunia dan akhirat.


Jemputan Nasyid



Adik-adik Az-Zahra' telah mendapat undangan bernasyid pada malam tadi di tapak Pasar malam Taman Temerloh Jaya. Walaupun ramai adik-adik lelaki tidak dapat hadir tetapi berjaya jugak nasyid tersebut. Kumpulan nasyid ini telah diketuai oleh adik Ammer bin Suhaimi. Mereka menyanyikan lagu 'Sepohon Kayu'. Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput adik-adik kita ni...

Moga cepat sembuh


Ibu kepada sorang adik Az-Zahra' iaitu Puan Rosliza dari Persiaran Bahagia kini sedang dirawat di Hospital Temerloh kerana menjalani rawatan susulan selepas pembedahan melahirkan anak. Tahniah kepada adik Hakimi kerana dapat adik baru...

Juga diharap kepada Haji Shukur dapat bersabar di atas ujian ini. Puan Rosliza diletakkan di tingkat 5 Kenanga 1. Kepada ibubapa penjaga diharap sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh...

Sukaneka PASTI Caw Temerloh Jaya - Johan Lagi






Tahniah kepada adik-adik AZ-ZAHRA' kerana sekali lagi mengharumkan nama Az-Zahra' dengan menjadi Johan keseluruhan Sukaneka tersebut yang berlangsung pada pukul 9 pagi tadi di Padang TJ 8/6 Taman Temerloh Jaya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB DUN Semantan Tuan Syed Hamid. Terima kasih diucapkan kepada beliau walaupun baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung baru-baru ini.

Az-Zahra' yang baru pertama kali menyertai sukaneka ini telah berjaya menunjukkan perstasi yang memberangsangkan dengan menjuarai 4 dari 10 acara dan menduduki Naib Johan dalam lain-lain acara. Adik-adik kita hanya berlatih 2 hari sahaja tetapi berjaya merampas Piala Pusingan dari PASTI Ummi Khalidah yang merupakan Johan Menunggu dan telah memenangi Piala Pusingan ini sebanyak 3 kali. Kebanyakan adik-adik Az-Zahra' adalah terdiri dari pelajar yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Jutaan terima kasih juga kepada ibu-ibu yang banyak membantu semasa berlangsungnya program pagi tadi seperti Cikgu Jamilah dan Cikgu Zahariah serta lain-lain ibu yang menjadi penyokong kuat Az-Zahra' dan sentiasa bersorak memberi sokongan kepada adik-adik.






MAKA DIMAKLUMKAN BAHAWA ESOK ISNIN 6/7/09 adalah hari cuti untuk semua PASTI Cawangan Temerloh Jaya.



Sukaneka Pasti Caw. Taman Temerloh Jaya



H
ari Ahad (5/7) ni akan berlangsung Sukaneka Pasti-pasti cawangan Taman Temerloh Jaya iaitu Az-Zahra' Ummu Khalida, An-Nur dan As-Syakirin. Diharap ibubapa penjaga dapat memberi kerjasama dengan menghadiri dan menyokong pasukan kita pada hari tersebut.

Ini kali pertama Az-Zahra' menyertainya. Dengar kabar 5 acara akan dipertandingkan. Surat jemputan rasmi serta maklumat lanjut acara akan diedarkan kepada ibubapa nanti...

Copyright 2009 Pasti Az-Zahra. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates