RSS

Pendaftaran 2011




Pendaftaran pelajar untuk sesi 2011 kin telah dibuka. 
SIla hubungi Cikgu Zainun untuk maklumat lanjut 03 9144 234

MARI BERSOLAT






Sebahagian dari adik-adik AZ-ZAHRA sedang menjalani latihan amali SOLAT yang sentiasa dititikberatkan oleh PASTI demi melahirkan insan yang bertakwa dan beriman.


SUKANEKA PASTI TAMAN TEMERLOH JAYA


Sukaneka PASTI telah diadakan pada Ahad lepas (31/10) dengan gabungan 4 PASTI di sekitar Tam,an Temerloh Jaya dan Taman Temerloh Makmur iaitu Az-Zahra 1 & 2, Ummu Khalida dan An-Nur. Selain acara untuk anak-nak, acara untuk ibubapa juga telah diadakan iaitu memnacing dalam botol (bapa) dan cucuk benag kedalam jarum (ibu). Program ini telah dirasmikan oleh YB Semantan.

Terima kasih kepada semia ibubapa yang hadir dan memberi sokongan kepada anak-anak. PASTI Ummu Khalida telah berjaya menjadai johan keseluruhan untuk kali ini. 

 Acara memancing untuk penjaga







Jamuan Raya 2010


 Sebahagian dari gambar-gambar program Jamuan Hari Raya Az-Zahra'2010 yang diadakan pada Ahad 26/09/10. Terima kasih kepada ibubapa yang membawa juadah tambahan seperti kuih raya dan kuah lontong. Tetamu telah dijamu dengan Nasi Himpit dan Biun Sup.



Dapat duit raya


Tetamu muslimat







1 Syawal


Diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua adik-adik dan penjaga serta guru-guru Az-Zahra' dari pengurusan Az-Zahra'. Moga Ramadhan ini telah berjaya menjadikan kita menjadi insan yang lebih bertaqwa serta mengambil pelbagai pedoman demi menharungi 11 bulan yang akan datang. Maaf zahir dan batin daripada pihak pengurusan dan AJK Az-Zahra'

Selamat bercuti juga diucapkan kepada adik-adik. Sesi persekolahan akan dibuka pada 20/9/10 nanti.l

Kepada penjaga-penjaga yang ingin mendapatkan sampul duit raya keluaran Az-Zahra' diharap menghubungi Cikgu Zainun (013 9144 234) atau Ustaz Fairuz (013 915 2527)

Jamuan Berbuka Puasa Ramadhan 2010


Sebahagian ibu-ibu



Solat Maghrib



Kuih-kuih yang dibawa oleh penjaga

Jamuan berbuka pusa Az-Zahra telah diadakan pada 1hb Ogos baru lalu di Az-Zahra1. Ramai jugak ibubapa yang hadir. Selepas solat Maghrib berjemaah, satu taklimat telah diadakan berkaitan perkembangan Az-Zahra' oleh pihak pengurusan. Terima kasih kepada penjaga yang hadir dan membawa juadah berbuka puasa. Az-Zahra' hanya menyediakan minuman dan Nasi Sop sahaja..

Program jamuan hari raya kini sedang dalam perbincangan pengurusan untuk diadakan pada Syawal nanti.


Selamat Menyambut RAMADHAN


Copyright 2009 Pasti Az-Zahra. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates